Friday, 14 April 2017

PENGALAMAN BANDUAN TERIMA 104 SEBATAN…ANTARA TERBANYAK DI MALAYSIA!



“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.
Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.
“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.
Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.
Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.
“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.
“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.
“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.
Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.
“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.
“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.
“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.
“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.

Monday, 20 February 2017

Hukum Dan Kerugian Menunda Mandi Wajib

Seringkali ramai umat Islam menunda mandi wajib tanpa kerana mungkin malas atau tidak sempat kerana terlambat bangun.


Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khas bertajuk, "Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan."

Di bawah bab itu dicantumkan dua buah hadis sahih yang mengandungi ancaman menunda mandi wajib tanpa sebarang alasan.

Apa ancamannya? Orang yang menunda mandi wajib tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah SAW;

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): Orang yang sedang dalam hadas, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq." (HR. Al Bazzar; sahih)

Dijelaskan oleh Al Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia dalam keadaan apapun.

Jadi, bagi orang yang menunda-nunda mandi wajib tanpa alasan kukuh, maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat.

Lalu, adakah seseorang harus segera mandi wajib selepas sahaja melakukan hubungan seks dengan pasangannya?

Rasulullah SAW memberi contoh, selepas menunaikan hajat bersama isterinya, kadang-kadang Baginda terus mandi wajib dan kadang-kadang tidak.

Ketika Rasulullah SAW tidak segera mandi wajib, maka beliau berwudhu dulu sebelum tidur.

Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah SAW. Lalu dia menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, 'Bagaimana yang beliau lakukan ketika dalam keadaan junub, apakah beliau mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi? 'Aisyah menjawab, 'Sungguh semuanya telah dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau berwudhu lalu tidur. 'Aku berkata, 'Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan." (HR. Muslim)

Hadis lain dalam bab ancaman menunda mandi (junub) tanpa alasan memperjelaskan bahawa yang terkena ancaman tidak didekati malaikat rahmat adalah menunda mandi junub tanpa berwudhu.

Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir r.a, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang tidak akan didekati malaikat, mayat orang kafir, seorang yang berlebihan menggunakan wangian yang terbuat dari za’faran, dan seorang yang sedang junub hingga ia berwudhu,” (Hasan lighairhi, HR Abu Dawud [4180]).

Haram hukumnya seorang lelaki menggunakan za’faran pada pakaiannya, badannya atau mengenakan baju yang dicelup warna kuning kerana itu semua adalah wangian dan perhiasan wanita.

Wallahu a'lam.


Friday, 17 February 2017

Kena ‘Santau Wajah’ Supaya Tak Jadi Kahwin, Pengalaman Ngeri ‘Ditikam’ Kawan Baik Sendiri



Perbuatan sihir atau santau merupakan salah satu perbuatan yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Mungkin ada di antara kita yang merasakan perkara begini sudah tidak wujud pada pada zaman moden ini, namun perbuatan terkutuk ini memang tak akan lari dari orang yang busuk hati. Nauzubillah.

Terkejut bila kami baca perkongsian ni, mana taknya seorang sahabat sanggup mengenakan santau kepada sahabat baik sendiri. Bayangkan disantau sebelum hari perkahwinan. Moga kita dijauhi dari perkara ini. Aamin.

Disantau Muka Jadi Teruk Tiga Hari Sebelum Bertunang




Kawan Baik Singgah Bilik Datang Hantar Santau Lagi




Akhirnya Tahu Siapa Punca Menghantar Santau Wajah





Diharap si kawan baik akan insaf dan lepaskan orang yang tidak bersalah. Cinta tidak semestinya memiliki.

Sumber : Twiter